Assalamualaikum.
Nama saya Suhana Amiril. Blog www.suhana.co ini baru dibangunkan selama beberapa tahun selepas blog Cinta Ilahi saya yang semenjak tahun 2010. Yang mana akhirnya blog tersebut sudah tidak dapat saya dapatkan kembali. Saya menulis blog semenjak tahun 2007 secara suka-suka sehingga pada tahun 2010 saya nekad membuat sebuah laman blog yang berbayar sehingga kini. Anak jati kelahiran Sandakan, Sabah, Malaysia yang cinta dan berbangga dengan negeri dan negaranya.
Saya sudah pernah menghasilkan 3 buah buku dibawah syarikat penerbitan Karya Bestari. Masih berharap untuk meneruskan penulisan. Dan mungkin suatu hari nanti, mempunyai kekuatan dan kecukupan untuk menerbitkan sendiri tulisan-tulisan picisan.
Tidak banyak yang mahu saya ceritakan mengenai diri sendiri. Cuma berharap blog ini agar dapat saya selalu isi. Biar menjadi tatapan sendiri dan anak cucu dimasa depan. Samaada tentang kehidupan dan pengalaman. Sesuatu yang mahu saya tuliskan dan tumpahkan dalam penulisan. Kerana menulis bagi saya, adalah medan untuk menumpahkan segala kebisingan dari dalam minda. Menulis pada saya, mengajar saya untuk menghargai kehidupan dan diri sendiri.
Sudah lebih 10 tahun semenjak saya memilih untuk menulis di alam maya ini. Tidak banyak yang saya harapkan, melainkan semoga terlaksana segala impian yang saya sandarkan kepada Allah. Umur yang semakin singkat, mengajarkan diri dan minda berfikir hal yang banyak.
Jika anda sudah sudi singgah membaca di blog ini, jemput untuk menuliskan komen. Sungguh saya akan berbesar hati menerimanya. Kerana sekurang-kurangnya, komen yang kalian tinggalkan akan membuat saya merasa tidak sendirian dan masih ada yang sudi membacanya. Ada para pembaca seperti kalian yang boleh dipanggil sahabat pembaca. Terima kasih.
Jaga diri, jaga hati, jaga iman dan amal.
Suhana Amiril
Disember 2020