NOTA #12: Yang Terbaik Dari DIA

Sebenarnya, apa definisi terbaik yang membahagiakan kita dalam kehidupan ini? Kita kan selalu mahu yang terbaik. Apatah lagi jika berkait soal usaha, dimana usaha itu telah kita lakukan dengan yang terbaik dari kita, pasti harapan kita juga sangat tinggi untuk mendapat hasil yang terbaik. Biar sesuai dengan usaha, kan.

Tapi tidak selalu keadaan akan jadi seperti itu. Kadang-kadang yang jadi adalah sebaliknya. Walau sekeras mana pun usaha kita, natijahnya tidak seperti yang diusahakan dengan keras. Dan sebagai seorang manusia biasa, pasti hati kecil kita itu akan tercuit sedikit sebanyak. Ada pula tu hati memberontak, malahan!

Namun terimalah, sekian banyak perkara dan hal-hal di dunia ini yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku.. tidak semuanya menurut definisi terbaik seperti yang kita mahukan. Itulah kehidupan.

Kita menyangka bahawa yang terbaik itu adalah semua hal terjadi seperti apa yang kita mahukan. Padahal apa yang kita mahukan itu tidak semestinya baik. Yang terbaik adalah ketika mana Allah mentakdirkan hal yang sebaliknya pula yang berlaku. Yang tidak pernah kita terfikirkan dan terbayangkan.

Kita mahukan kejayaan dalam hidup kerana itu sesuatu yang baik dan menunjukkan pencapaian. Dan itu adalah yang terbaik buat diri kita. Namun, kejayaan tertangguh pula yang kita dapat sehingga kita merasa bahawa langkah kita jadi terbantut. Padahalnya, mungkin saja jika pada saat itu kita mendapat kejayaan yang diidam-idamkan, itu adalah tidak baik bagi diri kita.

Well.. Siapa yang tidak mahukan hal-hal terbaik terjadi di dalam hidupnya, bukan? Tapi, jangan kita lupa.. ada yang lebih baik menurut pengetahuan-Nya lalu diberikan kepada kita yang tidak betah dijiwa kita.

Padahal sebenarnya, itulah pintu-pintu terbaik dalam hidup kita.

One thought on “NOTA #12: Yang Terbaik Dari DIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *