Kenapa, Diri Kita?

Kita semua mungkin tahu benar bahawa betapa bebasnya kita melontarkan pandangan dan pendapat kita. Sama ada kita mahu meluahkannya atau tidak dengan cara yang tersendiri, itu terpulang kepada diri kita sepenuhnya. Kita bebas memberi ruang kepada tanggapan-tanggapan yang kita mahukan, lalu tersimpan kemas dalam minda. Sama ada tanggapan itu kepada manusia lainnya, keadaan, ujian hidup manusia dan apa-apa saja yang mahu kita peduli untuk diberi pendapat atau tanggapan. Ya, terpulang sebenarnya. Ikut cara anda.

You name it, dari pendapat dan pandangan atau tanggapan itu wujudnya satu definisi sesuai apa yang kita mahukan. Kita kena sedar ya, tidak semua orang berada dalam kehidupan seperti kehidupan yang kita ada. Dan kita juga tidak berada dalam kehidupan yang seperti mana orang lain ada. Perbezaan cara kita dibesarkan, latar belakang keluarga yang berbeza, cara silaturrahim yang tidak sama, pekerjaan orang tua yang membesarkan kita. Itu semua membentuk sedikit sebanyak kehidupan yang kita ada sekarang ini.

Jika kehidupan kita tidak sama seperti orang lain, don’t complain! Jika kehidupan orang lain tidak sama seperti kita, don’t complain! Why? Its simple, because it’s our life and other people have they have their own life.

Hal yang sama apabila kita menghakimi kehidupan seseorang dari luaran sebelum berusaha mengambil tahu apa sebenarnya sejarah kehidupan seseorang. Dan jika anda tidak mampu untuk menjadi seseorang yang bersangka baik, maka jangan menjadi seseorang yang bersangka buruk. Seriously, guys.

Hidup anda akan lebih tenang.

Persoalan Tentang Kehidupan

Tidak mudah untuk menjawab pertanyaan sekitar soal kehidupan. Sehinggakan kerap kali apabila saya yang mendapat pertanyaan sedemikian, respon terpantas yang dapat saya berikan adalah senyuman atau gelak tawa. Kerana pertanyaan soal kehidupan itu suatu pertanyaan yang besar, yang tidak mudah dijawab semudah 123 atau semudah Alif Ba Ta atau hanya sekadar berandai-andaian.

Kehidupan.

Kita boleh memilih untuk menikmati atau menghindarinya. Tapi ya, pilihan untuk menghindarinya kerana perjalanan hidup tidak berjalan menurut kemahuan dan bayangan kita hanya akan memusnahkan jiwa kita. Setiap orang itu ada cara hidup yang diimpikannya. Paling kurang, tidaklah berkaitan banyaknya harta dan wang. Cukup kehidupan itu adalah rasa kebercukupan atas rezeki dan yang terpenting sekali adalah hidup bahagia bersama seluruh keluarga. Tanpa menidakkan bahawa ada orang yang keinginannya itu diselimuti kemewahan. Tapi begitulah, kerana manusia itu tidak sama, maka ukuran dan batas kegembiraannya juga berbeza.

Namun jika kita memilih untuk menikmati kehidupan ini walau banyak sekali yang tidak terjadi menurut perancangan dan kemahuan kita sendiri, insya-Allah ada damai disitu meskipun ada terselit sedikit dicelahan jiwa rasa merindu kepada kehidupan yang kita impikan. Lebih baik kita mensyukuri kehidupan yang kita ada sekarang kerana itu terjadi dengan izin dan perancangan Allah SWT, berbanding membenci kehidupan sendiri dan kita menderita didalam hati.

Saya adalah orang yang selalu merancang kehidupan beberapa tahun terkedepan. Menanamkan benih positif kononnya. Dan itu bagus, serius. Cara termurah untuk memberikan motivasi kepada diri sendiri. Tetapi tanpa menafikan perasaan sebagai seorang manusia biasa, adakalanya mendorong saya untuk bertanya,

“Ke mana sebenarnya hala tujuku di dunia?”

Pernah saya mengutarakan kepada seseorang, jawabnya senang sahaja. “Sabar, insya-Allah perjalanan hidupmu masih panjang. Waktu tetap akan berjalan dan bekerjasama denganmu selagimana kau berusaha.” Betul juga jawabannya walaupun aku sambut katanya dengan pertanyaan ketidakpastian, “Siapa tahu perjalanan hidupku masih panjang? Entahkan besok atau lusa mati.”

Yang mana akhirnya aku jadi seram sendiri. Kerana aku belum bersedia mati dan menghadap Allah dengan serba kekurangan ini. *lap peluh didahi*

Hidup itu, adalah tentang proses menjalani rasa gembira dan hiba. Satu proses yang akan menikam kita untuk menjadikan kita lebih tahu dan kuat tentang perjalanan hidup ini. Persoalan tentang kehidupan itu, tiada jawaban yang tepat jika kita tanyakan kepada manusia. Kerana versi jawaban yang berbeza.

Tapi mungkinkah jika kita menanyakan kepada Allah, dengan cara menjalani hidup berotakkan DIALAH TUHAN SEKALIAN ALAM yang akhirnya tidak akan membiarkan kita saat penghujung kehidupan kita, mungkin nantinya kita akan beroleh jawaban di hadapan-Nya?

Pak Cik Penyapu Sampah

Pukul 2.11 pagi.

Seawal pagi begini ketika kebanyakan orang lena dalam tidur, pak cik tukang sapu itu sudah memulaikan tugas mengejar sampah sarap yang ditinggalkan manusia pada malam hari sebelumnya. Aku menjengah ke luar kereta sedikit. Beliau bertopi, sambil membawa guni yang berisi sampah serta penyapu.

Seekor anjing yang sedang berbaring dan setia di situ pada jarak 17 meter dariku, menyalak malas ketika pak cik tersebut lalu di hadapannya. Sekadar menyalak malas, namun tidak pula mengejar. Pak cik itu pun tidak mempedulikan anjing tersebut dan terus berlalu kepada sampah-sampah yang bertaburan.

Dan aku? Masih di dalam kereta memikirkan nasib dan takdir pada esok hari.

Menulis Kerana Apa?

Berpagi-pagian membaca di Taman Tun Razak semalam, seorang pak cik menyapa sekilas semasa beliau bertukar tempat duduk yang berada beberapa meter di belakang saya, ke tempat duduk yang berada lebih kurang lima belas meter di hadapan saya. Fikir saya, beliau berpindah ke tempat yang lebih mendung dan terlindung. Misi pendek pagi semalam cuma satu, mahu menghabiskan pembacaan. Tercapai, dan saya puas hati dan bahagia.

Pak cik yang menyapa saya itu, seperti gelendangan yang membawa sebuah beg galas dan kertas gulung yang kurang saya dapat amati. Mungkin tikar, dan juga mungkin lukisan. Tetapi bila saya merenggangkan kaki dan tangan serta bersiap-siap untuk balik, saya dapat lihat pak cik tersebut mengeluarkan sebuah buku tulisan dan pen. Lalu beliau menulis sesuatu. Fikiran saya terus mencipta teori. Mungkin pak cik tersebut adalah seorang penulis yang mencari ilham dengan cara terjun ke dalam gaya kehidupan watak yang ingin dituliskannya?

Terus kagum memenuhi jiwa ini. Walaupun itu sekadar teori saya sendiri. Tapi sejujurnya, saya cukup kagum kepada penulis yang tekad mahu terjun ke dalam kehidupan watak yang sedang dituliskannya semata-mata mahu menjiwai watak-watak dalam tulisannya. Tujuannya satu, untuk menghidupkan penulisannya dan mahu para pembacanya merasai pengembaraan perasaan apabila membaca karya yang dihasilkan olehnya. Penulisan yang praktikal melebihi teori.

Continue reading “Menulis Kerana Apa?”