Pertemuan-Pertemuan Dalam Kehidupan

Kira umurmu sehingga saat ini. Hitung pula setiap pertemuan yang telah kau lalui dalam kehidupan ini. Apakah ada diantara pertemuan itu yang kau sesali? Ingatkan kembali setiap keputusan dalam hidupmu yang telah kau putuskan di masa lalu. Apakah ada diantara keputusan itu yang kau sesali dengan sesungguhnya?

Pada satu ketika, cepat atau lambat. Entahkan gembira atau sebaliknya. Pasti banyak lagi pertemuan demi pertemuan yang akan terjadi dalam hidup ini. Begitu juga setiap keputusan yang perlu dilakukan yang pastinya akan memberikan kesan tersendiri dalam perjalanan kehidupan. Masih banyak yang tidak terungkai.

Tapi serius, apakah ada diantaranya yang kau sesali?

Saya kira kau tahu bahawa kedewasaan itu adalah mengenai kehidupan yang berkisarkan tentang sebuah pilihan yang dipilih diantara banyak pilihan. Dan dalam waktu yang sama, kau sering berdoa-doa semoga Tuhan menemukan kau dengan pertemuan demi pertemuan menurut mahumu, yang pastinya akan menggembirakan dirimu. Doa atas hal-hal yang tidak mengganggu ketenteraman fikiranmu. Doa untuk segala hal-hal keindahan dalam hidupmu.

Continue reading “Pertemuan-Pertemuan Dalam Kehidupan”

Aku Ingin Seperti Hidupmu

Pernah kan, selalu saja kehidupan orang lain itu sentiasa yang lebih baik dan terbaik pada fikiran kita. Sehingga ada dalam kalangan kita itu terdetik dalam hati, bagusnya kalau kehidupan aku macam si fulan itu! Kerana pastinya, kita hanya melihat yang indah-indah saja. Atau hakikatnya, kita pernah mahu mengambil jalan singkat untuk menjadi senang dan bahagia dalam kehidupan. Jujurlah yang mana akhirnya, kita jadi selalu melihat kehidupan orang lain itu memuaskan dan kehidupan kita sendiri adalah yang sangat membosankan dan tidak bahagia.

Terdetik saya mahu menukilkan di sini. Kerana baru teringat beberapa hari lepas peristiwa yang menggelikan hati saya sendiri. Geli hati dan menggeleng saya sendiri bilamana seorang junior semasa sekolah menengah dulu kata, kehidupan saya nampak seronok. Dan saya katanya juga kelihatan seperti seorang yang sentiasa baik-baik sahaja kehidupan saya, keluarga saya dan banyak lagi.

Saya mengambil sedikit masa sebelum boleh berkata kepadanya, bahawa kehidupan yang terbaik adalah kehidupan kita sendiri yang kita jalani dengan sejujur dan seikhlasnya. Dan bukannya kehidupan orang lain yang terlihat gembira dan bahagia serta baik-baik sahaja. Kerana apa? Kerana setiap orang ada bahagian dalam hidupnya. Setiap orang ada ujian dan cabaran tersendiri dalam hidupnya.

Continue reading “Aku Ingin Seperti Hidupmu”

Berbagi Kata Nasihat

Apa mungkin meminta nasihat secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang aneh dalam kalangan kita? Atau mungkin juga tiada angin tiada ribut seseorang yang meminta nasihat itu sepertinya seseorang yang hanya sekadar meminta perhatian dari manusia lainnya? Sejujurnya saya jadi tertanya-tanya. Adakah perkara seperti meminta nasihat dari orang itu kurang diamalkan, atau mungkin menjadi sesuatu yang asing dan merupakan satu tindakan yang membuatkan orang segan.

Apa-apa sahajalah tanggapan orang lain mengenai hal tersebut. Tapi jujurnya, untuk diri saya sendiri. Saya suka untuk meminta nasihat. Dan bila saya meminta nasihat, tidaklah bermaksud setiap masa saya berada dalam kedukaan. Kerana saya itu berpegang pada pendapat saya sendiri bahawa, nasihat itu umpama bekal perjalanan. Apa-apa sahaja sepotong nasihat atau nasihat yang berjela-jela yang orang kongsikan, insya-Allah yang baik-baik dan ada hikmahnya.

Pernahkah orang lain meminta nasihat dari kita? Kalau pernah, tahukah kalian nasihat yang kalian berikan itu ada impak atau kesan tersendiri dalam kehidupan orang yang anda berikan nasihat? Kita takkan tahu. Tapi dia dan Allah SWT tahu.

Continue reading “Berbagi Kata Nasihat”

Kau Itu Mata Rabun

“Kau sudah tidak berkawan dengan R lagi?” tanya.
“Eh kenapa? Masih ja.” kubalas persoalan dengan soalan.

Rupanya persoalan itu terpacul keluar apabila saya dengan R berselisih di jalanan tapi tidak bertegur sapa. Kenapa? Sebab masa itu saya buka cermin mata, saya tak pakai. Bila saya berjalan dan tak pakai cermin mata, saya jenis yang tak pandang sana sini melainkan fokus pada langkah dan jalan di hadapan. Lagi pula, dengan mata yang rabun begitu sia-sia sahaja mahu mengamati setiap wajah yang berselisih di jalanan, sebab takkan dapat cam dari kejauhan pun.

Menurut cerita, katanya kawan saya R pun kelihatan tergesa-gesa berjalan. Mungkin ada urusan yang sangat penting atau juga kecemasan. Saya cuba tanya, R itu tadi ada pandangkah? Sebab setahu saya, kawan saya R ni jenis yang akan sapa kawan-kawan dia. Bukan sekali dua bila terserempak di jalanan walaupun berada di atas kereta, pasti bertukar lambaian atau senyuman dari kejauhan.

Tapi sejujurnya, jauh di dalam hati saya khuatir kalau-kalau si R ini akan salah sangka yang saya buat-buat tidak nampak dan tidak sapa dia. Walaupun alasan untuk tidak bersangka sedemikian memang sudah cukup kukuh. Sebab, saya tak nampak disebabkan saya tak pakai cermin mata. Dan dia pula dalam keadaan yang tergesa-gesa yang besar kemungkinan tengah fokus dengan langkahnya dan tak nampak saya pun memandangkan jalan itu memang ramai orang.

Continue reading “Kau Itu Mata Rabun”